Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Isnin, 19 Mac 2012

Pembinaan Masjid Al-Makmur Sg Lalang



 



Untuk Makluman Tuan-Tuan / Puan-Puan,

Bahawa Masjid Al-Makmur Sg. Lalang kelihatan agak uzur. Mesyuarat untuk Pembangunan telah diadakan dan keputusan telah dibuat untuk mengutip setiap pintu dari anak Qaryah sebanyak RM100 setahun. Ada yang bagi dan ada juga yang tidak memberi sambutan. Maka keputusan telah dibuat lagi untuk meminta Peruntukan dari Kerajaan Malaysia. Hasil dari Permohonan kepada Jabatan Perdana Menteri, maka surat jawapan dan sokongan telah diterima. ICU telah datang untuk mengesahkan tentang "Meroboh dan Membina Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang". Jutaan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia diatas sokongan dan bantuan. Apa yang Pihak Masjid dan anak Qaryah sedang lakukan ialah menunggu Kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri tentang pembinaan Masjid tersebut.

Segala usaha kita, moga di berkati Allah Taala dan juga sumbangan tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan