Alamat: Masjid Al-Makmur Sungai Lalang 08000 Sungai Petani Kedah D.A Email: masjidalmakmursglalang@gmail.com
Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.
BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0
Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.
Selasa, 6 Mac 2012
Solat Jumaat Di London
The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflow
Inilah Tajuk yang di siarkan dalam Daily Mail Uk.
(Di satu lorong di Bandar London, orang Islam mencari tempat untuk solat jumaat kerana Masjid yang sudah penuh)
Dicelah-celah bangunan yang tinggi beratus-ratus orang Islam sedang sujud untuk solat jumaat.
Orang Islam memenuhi jalan di celah bangunan pejabat untuk solat jumaat di Brune Street Masjid.
Suasana ketika Solat Jumaat oleh pekerja-pekerja Di Kota itu.
‘You get the whole community, everyone from City boys to people from the local area. It’s great being outside on a day like today, but it’s not so much fun when it rains.
‘Some people are surprised when they come into the area on a Friday – seeing that many people praying outside together is not an everyday sight in the UK.
‘You wouldn’t know unless you were looking for it, but it’s right in the middle of the City.’
Seluruh masyarakat setempat berkumpul budak dan dewasa, Ianya hebat berada diluar satu hari seperti hari ini, tetapi tidak berapa seronok bila hujan.
Setengah orang kagum bila mereka datang ke tempat itu pada hari jumaat. Kelihatan ramai orang bersembahyang berjemaah di luar , dan ianya bukanlah perkara harian yang berlaku di UK. Pemandangan ini berlaku di tengah-tengah Bandar.
Apa pun yang berlaku di seluruh dunia menunjukkan tidak siapa pun yang mampu dan berkuasa untuk memadam Nur Ilahi (cahaya Allah Taala). Bila hidayat tersebar maka Haq akan timbul dan Batil akan lenyap. Sama-sama lah kita meniru amalan yang baik sebagai orang Islam yang keturunan juga Islam, dan berada di dalam Negara yang majoritinya adalah orang Islam. Alhamdulillah dalam negara kita amalan Islam dapat di amal dengan bebas tanpa gangguan. Dalam kedamaian ini perlulah kita mengambil kesempatan untuk mengamalkan lagi amalan Islam yang di bawa oleh Nabi besar kita s.a.w. Masjid yang di bina di merata-rata adalah nikmat daripada Allah Taala untuk kita sentiasa mengingati-Nya. Kita harus berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang telah banyak membina Masjid di negara ini, seperti sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah". Jika kita tidak mahu berterima kasih kepada manusia maka kita tidak patuh kepada hadis ini.. Wallahu'alam..
Berita Dikeluarkan : Daily Mail UK (Februari 2012)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan