Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Selasa, 9 April 2013

Tiada Nusrah (Pertolongan) Allah Taala terhadap manusia.. Di mana sebabnya??



Air mata bercucuran keluar dari mata  memenuhi pipi sambil suara menahan sebak yang teramat. Tangan di genggam erat sambil mengherdik diri. Aksi sepontan ini terjadi bila mata  melihat berita dari Al-Jazeera takala wawancara dengan seorang ibu yang meraung sambil mendukung anaknya. Itu lah yang termampu  buat tanda simpati kepada saudara-saudara Islam kita di sana.

Ya! Allah! Ini lah keadaan umat, dihina , dizalimi , dianiaya dan dimalukan.Mana mereka-mereka seperti Abu Bakar? Mana mereka-mereka seperti Umar? Mana mereka-mereka yang seperti Sahabat Nabi ? Tiada lagi mereka yang seperti Abu Bakar, Umar dan Sahabat Nabi s.a.w atau yang mirip seperti Sahabat Nabi s.a.w. Yang ada hanyalah mereka-mereka yang rakus dengan “Dananir wa Darahim”. Mana mungkin Allah swt akan menurunkan nusrahnya pada umat ini.

Sabda Nabi saw : “ Setiap Ummat ada berhala-berhalanya dan berhala Ummat ini adalah Dinar dan Dirham.” ( Miskat Musabbih)

Apakah berhala itu ? Berhala adalah sesuatu yang disembah yang dipuji yang menjadi tempat mengadu dan bergantung. Dia lah penyelesai sebarang masaalah dalam hidup ini.

Apa kah Dinar dan Dirham itu? Ianya adalah wang, harta, kuasa, pangkat dan kedudukan.

Sabda Nabi saw lagi :” Aku bersumpah dengan nama Allah bukan lah kelaparan yang aku bimbang (takut) menimpa ke atas kamu, akan tetapi yang aku bimbang adalah kemewahan dunia datang ke atas kamu sebagaimana datang kepada mereka-mereka sebelum kamu. Kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya sebagaimana mereka-mereka berlumba-lumba mendapatnya dan kamu lalai dalam mendapatkanya sebagaimana mereka.”( Riwayat Bukhari dari Amru bin Auf).

Bila umat ini berlumba-lumba untuk mendapatkan wang, harta, pangkat dan kedudukan serta hati sentiasa berharap akan jadi kaya raya. Sentiasa berharap agar dapat berkuasa dan menyakini kalau ada wang boleh buat begitu dan begini. Dan kalau ada kuasa ada segala-galanya. Bila perasaan dan sikap begini ada pada umat ini, pasti dan pasti umat ini akan berada di gerbang kebinasaan. Pada ketika ini tiada ada bantuan dari Allah samada bantuan “Zahiriyah” mau pun bantuan “Ghaibiyah”. Buktinya lihat lah apa yang terjadi di Palestine sana.

Dalam e-mail yang diterima yang dipetik dari kenyataan penulis bebas Pakistan dan juga Pengarah CRSS (Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan Pakistan) menyatakan sebab apa Yahudi begitu kuat dan kita pula begitu lemah adalah kerana kebayakan tokoh-tokoh dunia adalah dari bangsa mereka. Pencipta-pecipta peralatan moden adalah dari bangsa Yahudi, penemuan ubat-ubatan adalah dari bangsa Yahudi, pemenang anugerah “Nobel Prize” adalah dari bangsa mereka. Saudagar barangan berjenama juga dari bangsa mereka. Pendekata dari segala bidang dikuasai oleh bangsa Yahudi.

Kesimpulan yang dibuat bahawa Umat Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan dan gagal menyalurkanya walau pun Umat Islam mempunyai negera yang kaya-kaya seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan UAE. Ringkasnya Umat Islam kekurangan ilmu, kurang pendidikan dan kurang pelajaran.

Pandangan di atas ada juga benarnya namun persoalan yang paling besar adalah Umat Islam tidak memegang agama Islam dengan sunggoh-sunggoh dan telah mengabaikan hak Allah dan Rasulnya. Maka ke mana dunia pun umat ini tinggal dan di mana zaman pun umat ini berada kalau Umat Islam seperti ini pasti akan terus dihina oleh musoh-musohnya. Sehingga lah ummat ini kembali menyempurnakan hak Allah dan Rasulnya barulah umat ini akan keluar dari kepompong kehinaan di berbagai sudut tadi.

Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu membela agama (membantu) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan atas musoh kamu) dan menegohkan pendirian kamu.” (Muhammad :7)

Firmanya lagi:
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu dan jika dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah ? dan ingatlah kepada Allah lah jua orang yang beriman itu berserah diri”. ( Ali-Imran : 160)

Maka umat ini berlu bangun bertaubat dan beristighfar atas kelalaian dan kesilapan kita serta kembali meyempurnakan Hak Allah dan Hak Rasulnya. kembali balik kepada penghayatan Islam dan kembali kepada tugas mulia umat ini iaitu Kerja Dakwah ilallah.

Firman Allah swt :
”Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuroh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang mungkar (burok dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah”. (Ali_Imran :110)

Bangunlah wahai orang Islam!!!! Hentikan Perpecahan!!!

Isnin, 8 April 2013

Teguran Yang Manfaat.. Berpesan-Pesan Dengan Kebenaran, Di Atas Satu Kalimah...




Insan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini akan berlarutan sekiranya  tidak disedarkan ataupun tiada siapa yang menegur kita.
   Tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur.
   Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada sayidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik. Lalu mereka bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?” Saiyidina Umar r.a. menjawab; “Ya dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar.”
   Biasanya, manusia tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyaknya ego itu bergantung bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.
   Diriwayatkan daripada Tamim al-Dari r.a. Bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Agama adalah nasihat.”Kami pun bertanya: “Untuk siapah wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan orang Islam.” (Riwayat Muslim)
   Orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan dilabel sebagai “Cakap tidak serupa bikin”. Biasanya, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, bak kata pepatah, “bagai ketam mengajar anak berjalan lurus”. Jadi, orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya sesuai tempat dan masanya
   Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengigatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu di iyakan biarpun pahit. Islam telah menyediakan garis panduan dalam membuat teguran. Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya bertujuan menjatuhkannya, menghina, menunjukkan ke aiban atau apa-apa jua niat buruk, Elakkan “memilih bulu” apabila ingin menegur; jika orang itu kita tidak suka, jangan pula kita biarkan sahaja walaupun dia patut ditegur.
   Sebelum kita membuat teguran atas apa jua alas an, tiga factor tersebut perlu diambil kira:
1.   1)    Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
2.    2)   Waktu yang sesuai untuk menegur.
3.   3)    Memahami kedudukan orang yang ditegur
   Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari-cari kelemahan dan menegur seseorang. Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya.
Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl 16: 125)
Mencegah Sebelum Terlambat
   Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku jika perlakuan buruk yang kita lakukan tiada orang yang mengesan dan menegur? Atas apa juga alasan, kita akan meneruskan perbuatan itu tanpa disedari. Jika hari ini ada orang yang menegur perbuatan itu, mungkin kita dapat mengubah, hasilnya nasib kita juga mungkin berubah.
   Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah s.w.t. dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan).” (Riwayat al-Dailami)
   Hidup seorang mukmin seharusnya menjadi cermin kepada mukmin yang lain. Jika kita melihat sesuatu kebaikan yang dilakukan, kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikan kepada Islam. Jika berlakunya kemungkaran dalam masyarakat, kita harus menegah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Riwayat al-Bukhari)
   Marilah kita tegur-menegur sesama kita supaya kita menjadi umat Islam yang hebat. Terimalah teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturahim antara mukmin. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka.

Sabtu, 6 April 2013


.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diIsraqkan"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para Nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.