Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Selasa, 1 Mei 2012

Sumbangan Tuan/Puan Sangat Di Perlukan Untuk Pembinaan Masjid Al-Makmur Sg. Lalang

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاتُه

نحمده ونُصلّي ونُسلّم علي رسوله الكريم

Syukur kita kepada Allah Taala di atas segala nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhingga. Pihak Masjid Al-Makmur Sg. Lalang telah memutuskan dalam mesyuarat AJK Pembangunan Masjid untuk mengutip sumbangan atau derma dalam qaryah Sg. Lalang RM 100 dari setiap keluarga untuk tempoh setahun, ini bermakna tuan/puan boleh menyalurkan sumbangan / derma RM 10 setiap sebulan. 
Di zaman yang serba moden dan perbelanjaan yang tinggi oleh setiap individu, maka untuk menyalurkan RM 100 setahun atau RM 10 setiap bulan bukanlah menjadi bebanan yang berat kepada kita. Kita sanggup belanjakan jumlah yang tinggi untuk keperluan kita, maka tidak menjadi masalah  kita belanjakan sedikit untuk Fisabilillah / jalan Allah. Setiap sumbangan kita Allah Taala akan membalas kebaikan di dunia dan di akhirat. Kita kena yakin yang kebaikan akan di balas baik.

Keadaan yang sesak ketika solat Jumaat mendorong kita untuk buat perubahan di Masjid kita.

Masjid adalah rumah Allah Taala dan kita semua tetamu-Nya, sesiapa yang berkeinginan untuk berkunjung dan  selalu datang menjengok (beribadat) di rumah-Nya (masjid), maka Allah Taala akan memuliakan tetamu-tetamu-Nya. Bila tetamu-tetamu-Nya datang menjengok pun sudah mendapat kemulian, maka ganjaran yang lebih besar akan menanti untuk tetamu-tetamu-Nya yang sudi belanjakan wang / harta demi memperelokkan rumah Allah Taala. 
Satu ganjaran untuk tetamu yang datang ke masjid dan satu lagi ganjaran untuk tetamu yang belanjakan wang / harta mereka demi pembangunan zahir dan batin. Maka di sini kita telah dapat ganjaran dari Raja segala Raja, Tuhan sekelian alam, Pencipta, Pemberi Rezeki dan Berkuasa di atas segalanya. Inilah ganjaran yang real, hakiki dan tidak akan berkurangan atau rugi.

Berlimpah hingga ke luar bangunan Masjid. Ruang Masjid yang tidak mencukupi. Sumbangan sangat di perlukan.

Ayuh!! Saudara-saudara seislam ku segeralah kita berlumba-lumba untuk menabur kebajikan di dunia yang semetara dan mencari bekalan hari akhirat dan menjaga kesucian agama Islam serta Masjid kita.

Segala Sumbangan Tuan / Puan di ucapkan   جزاكم الله احسن الجزاء dan terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan