Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Isnin, 30 Julai 2012

Majlis Berbuka Puasa bersama Dato Rashid ( PKR Merbok ).


Orang ramai bersiap sedia untuk berbuka puasa.


Dato Rashid (PKR Parlimen Merbok) sedang berdoa yang dibaca oleh Imam Masjid Sg Lalang.




Ahad, 29 Julai 2012

Majlis Berbuka Puasa yg Di Taja oleh Dato Hj Tajul Urus B. Hj Mat Zain

Alhamdulillah Majlis berbuka puasa pada hari Jumaat 7 Ramadhan telah di taja oleh Dato Haji Tajul Urus B. Hj Mat Zain. Pada ketika itu Beliau berada di Tanah Suci Mekah Mukarrah untuk menunaikan Umrah. Pihak Masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau.

Majlis Berbuka Puasa yg di taja oleh Syarikat-syarikat, Kilang-kilang, Sekolah-sekolah dan Individu-individu dalam Qaryah Sg Lalang




Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala di atas nikmat-nikmat-Nya yang melimpah ruah. Pada tahun ini Ramadhan di hiasi dengan tajaan-tajaan berbuka puasa oleh Syarikat-syarikat, Kilang-kilang, Sekolah Menengah & Sekolah Rendah dan Individu-individu yang berada di tinggal dalam Qaryah Sg Lalang. Pihak Masjid sangat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas tajaan-tajaan mereka untuk majlis tersebut. Majlis tersebut di taja dari permulaan Ramadhan hinggalah ke akhir.

Rabu, 25 Julai 2012

Penduduk Muslim A. Syarikat di benarkan untuk terus Membina Masjid

 Penduduk Islam di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang menenangi kes mahkamah untuk menduduki sebuah masjid baharu kelmarin mendapati mereka tidak dapat beribadat di masjid berkenaan pada permulaan bulan Ramadan.Ia berikutan masjid tersebut memerlukan masa dua minggu lagi untuk disiapkan.Namun, penduduk Islam meraikan kemenangan mereka selepas dua tahun berdepan satu saman bagi menghalang pembinaannya.Penduduk yang menentang pembinaan masjid tersebut menyaman daerah Rutherford pada September 2010 untuk menghalang pembinaan tempat ibadat itu.Kumpulan itu memberi alasan bahawa Islam bukan agama sebenar dan penduduk Islam AS mahu menumbangkan Perlembagaan AS dan menegakkan undang-undang Islam.Namun, dalam satu perbicaraan baru-baru ini, Hakim Daerah AS, Todd Campbell mendapati tindakan menghalang pembinaan dan penggunaan masjid itu bercanggah dengan hak penduduk untuk mengamalkan ajaran agama mereka.Beliau kemudian mengarahkan pihak pentadbiran daerah supaya melakukan pemeriksaan dan membenarkan masjid tersebut dibuka kepada orang ramai. 





Alhamdulillah di negara kita Masjid di beri perhatian sepenuhnya oleh Kerajaan. Syukurlah kita kerana nikmat yang berleluasa di negara kita. Manusia kalau tidak mahu bersyukur pasti akan komplen. Ini adalah sifat yang buruk. Kita pohon supaya Allah Taala memberi taufik untuk kita sentiasa bersyukur.
Maksud Hadis Nabi s.a.w " Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak berterima kasih kepada Allah Taala.

Khamis, 19 Julai 2012

"Usah guna masjid untuk sebar fitnah" Program Bersama PM

NAJIB beramah mesra dengan hadirin Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara di Serdang.
NAJIB beramah mesra dengan hadirin Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara di Serdang.

Serdang: Sehari sebelum umat Islam berpuasa, Datuk Seri Najib Razak mem inta mereka tidak menggunakan masjid sebagai platform menabur fitnah dan kebencian sehingga merosakkan perpaduan ummah.

Selain ditentang oleh Rasulullah SAW, Perdana Menteri berkata kesucian masjid tidak harus dicemari pada bila-bila masa, termasuk ketika Ramadan semata-mata mahu mendapat keuntungan tertentu, mencari pengaruh atau mencetus perasaan benci. Katanya, masjid bukan gelanggang mengecam, sebaliknya tempat beribadat dengan tenang dan tenteram, selain mengajak kepada kebaikan dan berdakwah secara bijaksana serta berhemah. 
Perdana Menteri berkata, Rasulullah SAW memandang serius perkara itu sehingga pernah memerintahkan sebuah masjid dibakar kerana dikuasai dan digunakan oleh golongan munafik yang khianat dan dengki untuk memfitnah serta merosakkan hubungan sesama umat Islam.

Justeru, kerajaan sentiasa beristiqamah dan konsisten dalam perjuangan dengan berpegang kepada syariat Islam berdasarkan landasan dan prinsip maqasid syariah yang mengandungi lima perkara, iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta benda.

“Agama mesti dibela. Akidah dan akhlak mesti dijaga. Syiar Islam mesti dikembangkan. Sesiapa yang mengancam akidah dan akhlak Islam, wajib kita tentang. 

“Lesbian, homoseksual dan pluralisme wajib kita tentang habis-habisan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negara Bersama Perdana Menteri bertema ‘Masjid Diimarah, Imam Ditransformasi,’ di sini, semalam yang dihadiri 11,000 imam dan ahli jawatankuasa masjid. 
Konsep tahaluf siyasi

Najib berkata, sejak merdeka Malaysia aman dan semakin maju, manakala martabat dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan amat tinggi kerana kerajaan memenuhi tuntutan agama dengan mengamalkan konsep tahaluf siyasi, iaitu kerjasama dan integrasi yang digabungkan pendekatan wasatiyyah serta berjuang atas landasan maqasid syariah.

Katanya, program transformasi bertepatan dengan firman Allah SWT mengenai islah, iaitu pembaharuan besar, malah jika proses islah dalam bidang ekonomi diteruskan, Malaysia mungkin menjadi negara Islam pertama dimartabatkan sebagai negara maju berpendapatan tinggi.

Beliau turut menekankan pentingnya menjadi golongan muslihun yang mendahulukan perpaduan berasaskan keharmonian kaum dan agama, bukan mufsidun yang merosak dan memecah-belahkan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam, termasuk demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah.

“Saya berusaha melalui saluran tertentu secara tertutup sebab ada hubungan rapat dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi), dan menyampaikan laporan sebenar kerana khuatir ribuan yang sudah membuat tempahan tidak dapat menunaikan haji angkara demonstrasi itu. 

“Alhamdulillah, ia dapat meyakinkan Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Ganjaran Puasa Ramadhan Mubarak





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”    (H.R Bukhari & Muslim )


Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.
iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.
iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.