Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Ahad, 27 Oktober 2013

Dahulukan Nikah Jika Takut Maksiat Akan Berlaku...




Ibu bapa kena penuhi keinginan anak dengan adakan majlis kenduri secara sederhana

DALAM kekecohan kita mendengar berita anak-anak muda masa kini terbabit dalam kegiatan maksiat yang berkaitan dengan seks bebas dan rambang, penyelesaian yang diajar oleh Islam perlulah diteliti untuk difahami dan diguna pakai.
Apa yang nyata terbabitnya seseorang dalam perzinaan kerana gagal mengawal nafsu seks yang memuncak.
Budaya berzina terus menjadi isu panas kerana sering dikaitkan dengan kes pelacuran, kegiatan melanggan GRO, rumah urut, kelab malam, video porno, laman web lucah, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan.
Walaupun budaya keji ini dibenci semua agama, tetapi hanya Islam yang mengenakan hukuman paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang belum pernah berkahwin.
Hukuman keras yang dikenakan Islam ini amat tepat kerana perbuatan berzina ialah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.
Pada Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan, pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan.
Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan.
Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya.
Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”
Pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan.
Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan.
Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan.
Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya.
Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”
Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab seksa yang sangat pedih di neraka Jahanam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini.
Dalam beberapa hadis disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya.
Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita.
Seberapa dekat kita dengan pintu menuju perzinaan, sedekat itulah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita, tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak dengan amalan perzinaan.
Nafsu seks ialah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.
Bagaimanapun, hawa nafsu hendaklah disalurkan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah.
Hadis daripada Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“ Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang mungkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”.
Lalu kami bertanya kepada Rasulullah:
“Adakah kami mendatangi isteri kami baginya mendapat pahala? Rasulullah bersabda: “Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya apabila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah mendapat pahala”.
Sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah SAW itu agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga.
Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah dengan kehairanan:
“Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”. Rasulullah SAW menjelaskan dengan mudah: “Jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram.
Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan daripada melakukan zina.
Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka, maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah”.
Selari dengan mengawal pintu nafsu, maka pada dasarnya hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskan ke lembah maksiat.
Berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli fiqh dan hadis Rasulullah SAW bahawa mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinan daripada ibadah yang lain kerana dikhuatiri maksiat akan berlaku pada dirinya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.
Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan al-Shafie golongan pemuda yang dimaksudkan di dalam hadis itu ialah mereka yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun.
Penekanan kepada usia ini kerana ia berada pada peringkat segala-gala memuncak kecuali kematangan. Kebiasaan pada peringkat umur ini, nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan, hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun malangnya kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.
Justeru berdasarkan kepada tuntutan kehidupan ini, mimbar menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang seusia sebegini memberi perhatian kepada keperluan mereka.
Ingatlah bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan. Berdasarkan sirah Rasulullah SAW bahawa sekurang-kurangnya majlis walimah atau kenduri kahwin ialah menyembelih seekor kambing,
kadar mas kahwin dan hantaran yang rendah adalah dituntut kerana membawa keberkatan dalam perkahwinan dan perlu mengelakkan pembaziran.
Begitu juga kepada pihak berkuasa agar dipermudahkan segala urusan bagi pasangan yang telah mencukupi segala syaratnya demi menutup segala pintu kemaksiatan.
Mimbar ingin berpesan kepada jemaah dan umat Islam sekalian, apabila seseorang itu berkemampuan membina rumah tangga maka hendaklah ia bersegera bernikah.
Perkataan al-nikah itu sendiri sebenarnya daripada lafaz yang mengandungi maksud mengharuskan bersuka-suka pasangan suami isteri dalam bentuk yang diizinkan syarak.
Justeru, tekanan perasaan keinginan dan nafsu yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredai Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Apabila seseorang kamu terpaut (rasa kagum) dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya kerana itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya”
(Riwayat Muslim).
Oleh itu dengan kewujudan pasangan yang sah dapatlah memelihara larangan Allah SWT dari segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata serta dapat mengawal pintu nafsu. – JAKIM

Jumaat, 6 September 2013



Kita Bila Lagi Mahu Tolak Syiah???? 
Tiada Masa Untuk Bermanis Muka Dengan Musuh Allah dan Rasul...
Lawan Tetap Lawan.....
Ayuh Segera Hapuskan Syiah....

Amal Agama Dengan Sempurna dan Amalkan Sunnah Nabi s.a.w...
Dakwah Manusia Kepada Tauhid Allah Taala dan Kehebatan Sunnah Nabi S.A.W....

Syiah Menyebabkan Orang Eropah Anti Islam !!!



Parti Kebebasan (PVV) Belanda telah menambah perkataan baru di dalam kosa kata Belanda iaitu: Taqiyah. Yang dikatakannya merupakan sebuah aturan Islam yang memungkinkan umat Islam untuk berbohong kepada non-Muslim.

Dalam bukunya yang baru sahaja diterbitkan, anggota parlimen dari PVV Martin Bosma menjelaskan bahwa taqiyah sebagai tindakan "berbohong untuk menguatkan Islam." Hal ini menjelaskan bahawa banyak umat Muslim mampu menampilkan diri sebagai berwajah liberal dan moden, walhal mereka secara senyap bekerja untuk menegakkan Syariah.

Dalam debat minggu lalu, GroenLinks pemimpin Femke Halsema menuduh pemimpin PVV Geert Wilders telah membuat semua orang Muslim menjadi disyaki dengan merujuk kepada taqiyah. Wilders kemudian menyarankan agar dia mencari informasi dari para pakar tentang Islam.

Halsema pergi ke Maurits Berger untuk meminta nasihat, dia tidak yakin dengan pandangan Wilders. Profesor Islam di Barat pada hari ini bereaksi dengan marah dengan mengirim pesanan kepada PVV di akhbar De Volkskrant kemarin.

"Bagaimana berani Wilders melempar tentang istilah Islam tentang sesuatu yang dia tidak memiliki petunjuk tentang hal itu. Taqiyah adalah sebuah konsep dari Abad Pertengahan. Ini membuatkan saya marah bahawa kepercayaan dari masa lalu harus terjebak ke umat Islam hari ini. Hal ini seolah-olah Anda mengatakan bahawa orang Kristian berfikir yang perempuan itu adalah penyihir. "

Taqiyah adalah sebuah terminologi yang lebih sinonim dengan ajaran Syi'ah. Di mana “Taqiyah adalah merahsiakan al-haq (keyakinan Syiah) dan menutupi diri dalam menyakininya, bersandiwara di hadapan para penentang (orang-orang yang bertentangan dalam keyakinan) dan tidak mengusik mereka dengan apa sahaja yang akan menyebabkan bahaya bagi agama dan dunia (orang-orang Syiah)." [fq/NIS/erm]

*Kerana Syiah Islam terhina

http://syiahindonesia.com/index.php/akhbar-syiah/syiah-negara-lain/367-partai-wilders-muslim-menganut-ajaran-berbohong-taqiyah-syiah-kali





Isnin, 5 Ogos 2013

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...


Adab Menyambut Hari Raya....

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.
Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?
Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.
Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.
Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.
Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."
(Surah Al-Baqarah : 185)

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:
Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."
(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)
Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:
Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."
Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:
Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."
Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.
Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.
Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."
(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.
(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)
Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.
Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.
i_mh3.jpg (68995 bytes)




Selasa, 9 April 2013

Tiada Nusrah (Pertolongan) Allah Taala terhadap manusia.. Di mana sebabnya??



Air mata bercucuran keluar dari mata  memenuhi pipi sambil suara menahan sebak yang teramat. Tangan di genggam erat sambil mengherdik diri. Aksi sepontan ini terjadi bila mata  melihat berita dari Al-Jazeera takala wawancara dengan seorang ibu yang meraung sambil mendukung anaknya. Itu lah yang termampu  buat tanda simpati kepada saudara-saudara Islam kita di sana.

Ya! Allah! Ini lah keadaan umat, dihina , dizalimi , dianiaya dan dimalukan.Mana mereka-mereka seperti Abu Bakar? Mana mereka-mereka seperti Umar? Mana mereka-mereka yang seperti Sahabat Nabi ? Tiada lagi mereka yang seperti Abu Bakar, Umar dan Sahabat Nabi s.a.w atau yang mirip seperti Sahabat Nabi s.a.w. Yang ada hanyalah mereka-mereka yang rakus dengan “Dananir wa Darahim”. Mana mungkin Allah swt akan menurunkan nusrahnya pada umat ini.

Sabda Nabi saw : “ Setiap Ummat ada berhala-berhalanya dan berhala Ummat ini adalah Dinar dan Dirham.” ( Miskat Musabbih)

Apakah berhala itu ? Berhala adalah sesuatu yang disembah yang dipuji yang menjadi tempat mengadu dan bergantung. Dia lah penyelesai sebarang masaalah dalam hidup ini.

Apa kah Dinar dan Dirham itu? Ianya adalah wang, harta, kuasa, pangkat dan kedudukan.

Sabda Nabi saw lagi :” Aku bersumpah dengan nama Allah bukan lah kelaparan yang aku bimbang (takut) menimpa ke atas kamu, akan tetapi yang aku bimbang adalah kemewahan dunia datang ke atas kamu sebagaimana datang kepada mereka-mereka sebelum kamu. Kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya sebagaimana mereka-mereka berlumba-lumba mendapatnya dan kamu lalai dalam mendapatkanya sebagaimana mereka.”( Riwayat Bukhari dari Amru bin Auf).

Bila umat ini berlumba-lumba untuk mendapatkan wang, harta, pangkat dan kedudukan serta hati sentiasa berharap akan jadi kaya raya. Sentiasa berharap agar dapat berkuasa dan menyakini kalau ada wang boleh buat begitu dan begini. Dan kalau ada kuasa ada segala-galanya. Bila perasaan dan sikap begini ada pada umat ini, pasti dan pasti umat ini akan berada di gerbang kebinasaan. Pada ketika ini tiada ada bantuan dari Allah samada bantuan “Zahiriyah” mau pun bantuan “Ghaibiyah”. Buktinya lihat lah apa yang terjadi di Palestine sana.

Dalam e-mail yang diterima yang dipetik dari kenyataan penulis bebas Pakistan dan juga Pengarah CRSS (Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan Pakistan) menyatakan sebab apa Yahudi begitu kuat dan kita pula begitu lemah adalah kerana kebayakan tokoh-tokoh dunia adalah dari bangsa mereka. Pencipta-pecipta peralatan moden adalah dari bangsa Yahudi, penemuan ubat-ubatan adalah dari bangsa Yahudi, pemenang anugerah “Nobel Prize” adalah dari bangsa mereka. Saudagar barangan berjenama juga dari bangsa mereka. Pendekata dari segala bidang dikuasai oleh bangsa Yahudi.

Kesimpulan yang dibuat bahawa Umat Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan dan gagal menyalurkanya walau pun Umat Islam mempunyai negera yang kaya-kaya seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan UAE. Ringkasnya Umat Islam kekurangan ilmu, kurang pendidikan dan kurang pelajaran.

Pandangan di atas ada juga benarnya namun persoalan yang paling besar adalah Umat Islam tidak memegang agama Islam dengan sunggoh-sunggoh dan telah mengabaikan hak Allah dan Rasulnya. Maka ke mana dunia pun umat ini tinggal dan di mana zaman pun umat ini berada kalau Umat Islam seperti ini pasti akan terus dihina oleh musoh-musohnya. Sehingga lah ummat ini kembali menyempurnakan hak Allah dan Rasulnya barulah umat ini akan keluar dari kepompong kehinaan di berbagai sudut tadi.

Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu membela agama (membantu) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan atas musoh kamu) dan menegohkan pendirian kamu.” (Muhammad :7)

Firmanya lagi:
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu dan jika dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah ? dan ingatlah kepada Allah lah jua orang yang beriman itu berserah diri”. ( Ali-Imran : 160)

Maka umat ini berlu bangun bertaubat dan beristighfar atas kelalaian dan kesilapan kita serta kembali meyempurnakan Hak Allah dan Hak Rasulnya. kembali balik kepada penghayatan Islam dan kembali kepada tugas mulia umat ini iaitu Kerja Dakwah ilallah.

Firman Allah swt :
”Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuroh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang mungkar (burok dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah”. (Ali_Imran :110)

Bangunlah wahai orang Islam!!!! Hentikan Perpecahan!!!

Isnin, 8 April 2013

Teguran Yang Manfaat.. Berpesan-Pesan Dengan Kebenaran, Di Atas Satu Kalimah...




Insan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini akan berlarutan sekiranya  tidak disedarkan ataupun tiada siapa yang menegur kita.
   Tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur.
   Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada sayidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik. Lalu mereka bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?” Saiyidina Umar r.a. menjawab; “Ya dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar.”
   Biasanya, manusia tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyaknya ego itu bergantung bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.
   Diriwayatkan daripada Tamim al-Dari r.a. Bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Agama adalah nasihat.”Kami pun bertanya: “Untuk siapah wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan orang Islam.” (Riwayat Muslim)
   Orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan dilabel sebagai “Cakap tidak serupa bikin”. Biasanya, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, bak kata pepatah, “bagai ketam mengajar anak berjalan lurus”. Jadi, orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya sesuai tempat dan masanya
   Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengigatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu di iyakan biarpun pahit. Islam telah menyediakan garis panduan dalam membuat teguran. Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya bertujuan menjatuhkannya, menghina, menunjukkan ke aiban atau apa-apa jua niat buruk, Elakkan “memilih bulu” apabila ingin menegur; jika orang itu kita tidak suka, jangan pula kita biarkan sahaja walaupun dia patut ditegur.
   Sebelum kita membuat teguran atas apa jua alas an, tiga factor tersebut perlu diambil kira:
1.   1)    Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
2.    2)   Waktu yang sesuai untuk menegur.
3.   3)    Memahami kedudukan orang yang ditegur
   Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari-cari kelemahan dan menegur seseorang. Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya.
Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl 16: 125)
Mencegah Sebelum Terlambat
   Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku jika perlakuan buruk yang kita lakukan tiada orang yang mengesan dan menegur? Atas apa juga alasan, kita akan meneruskan perbuatan itu tanpa disedari. Jika hari ini ada orang yang menegur perbuatan itu, mungkin kita dapat mengubah, hasilnya nasib kita juga mungkin berubah.
   Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah s.w.t. dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan).” (Riwayat al-Dailami)
   Hidup seorang mukmin seharusnya menjadi cermin kepada mukmin yang lain. Jika kita melihat sesuatu kebaikan yang dilakukan, kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikan kepada Islam. Jika berlakunya kemungkaran dalam masyarakat, kita harus menegah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Riwayat al-Bukhari)
   Marilah kita tegur-menegur sesama kita supaya kita menjadi umat Islam yang hebat. Terimalah teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturahim antara mukmin. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka.