Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Jumaat, 9 Mac 2012

Ceramah Maulidur Rasul s.a.w




Ceramah Maulidur Rasul s.a.w yang disampaikan oleh Yg Berbahagia Ustaz Haji Yosri Bin Hj Abd Ghani, Mudir Madrasah Al-Quran Alor Setar. Beliau mengisahkan bagaimana peribadi Nabi s.a.w sebagai seorang pemimpin yang mulia, sebagai seorang guru yang terbaik, sebagai seorang panglima perang yang mahir dalam teknik-teknik peperangan, sebagai seorang suami yang mesti diteladani dan sebagai Pendakwah yang membawa seluruh manusia dari kegelapan kekufuran kepada cahaya Iman dan Islam. Beliau juga menyarankan supaya dakwah sesama muslim perlu di jalankan untuk menarik bantuan Allah Taala.

Satu Ceramah Imam dan Pegawai Masjid bersama penduduk Kg 11 Sg. Lalang
Masyarakat Kg 11 sedang khusyuk mendengar taklimat Tuan Imam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan