Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Ahad, 6 Mei 2012

Program Beramah Mesra / Tazkirah Di Dewan Kg Pinang Luar

Pada 30 April 2012 bersamaan 8 Jamadil Akhir 1433, hari Isnin malam selepas solat isya Pihak Masjid mengadakan Program Jelajah ramah mesra di dewan Kg Pinang Luar. 


Pegawai Masjid bersama AJK Khairat Kematian semasa Program Jelajah ramah mesra bersama penduduk Kg Pinang Luar. 



Kaum Lelaki yang khusuk mendengar Tazkirah yang di sampaikan oleh Tuan Imam. Mereka gembira program seperti ini di adakan. Tujuan untuk berkasih sayang sesama muslim. Sambutan sangat menggalakkan.

Kaum wanita juga tidak ketinggalan untuk hadir ke Program ini. Jamuan Bihun telah di sediakan oleh penduduk Kg Pinang Luar. Terima Kasih Di atas kerjasama yang di beri oleh semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan