Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Sabtu, 12 Mei 2012

Berwaspada kerana seseorang sentiasa mengambil kesempatan di atas kelemahan kita. ( Pesanan Khas dari Masjid Al-Makmur Sg. Lalang )



Doa Keselamatan


PECAH RUMAH.
BAGAIMANA MENCEGAHNYA?
CARA MENCEGAHNYA:
·         Pasangkan door viewer, penyelak pintu utama.
·         Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
·         Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
·         Simpan tangga dan alat - alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
·         Potong ranting - ranting pokok dan semak - samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
·         Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

LANGKAH BERJAGA - JAGA:
·         Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
·         Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter di luar rumah anda.
·         Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
·         Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
·         Hentikan hantaran ( contoh: suratkhabar ) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
·         Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
·         Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti keselamatan.
·         Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

ROMPAK.
CEGAHILAH ROMPAKAN DI RUMAH:
·         Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
·         Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
·         Kenal pasti pelawat door viewer dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
·         Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.

ROMPAKAN DI TEMPAT AWAM:
·         Berwaspadalah apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang selalu berpeleseran di kawasan lif.
·         Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan. Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
·         Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.
·         Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
·         Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.

APA ANDA PERLU LAKUKAN APABILA DIROMPAK:
·        Anda perlu bertenang. Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
·        Perhatikan gerak - geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
·        Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna dan jenis kereta. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
·         Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi pondok polis yang berdekatan dengan segera.

PERAGUT RANTAI DAN BEG TANGAN.
DI MANAKAH PERAGUT DAN PENYELUK SAKU BERTINDAK:
·         Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
·        Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
BAGAIMANA BOLEH BERLAKU:
·         Memakai barang - barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan ramai.
·         Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
·         Berebut - rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat - tempat sibuk dan sesak.
·         Meninggalkan beg - beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli - belah semasa masuk membeli - belah.
·         Menyimpan beg duit di kocek - kocek belakang yang tidak berbutang. 

LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN DARI RAGUT:
·         Sentiasa membawa wang secara minima.
·         Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
·         Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
·         Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat - tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
·         Jangan mendedahkan barang - barang kemas yang dipakai.
·         Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
·         Elakkan dari memakai barang - barang kemas yang berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
·         Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
·         Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.


AWAS, PENYELUK SAKU.
BERIKUT ADALAH BEBERAPA CARA UNTUK MENGHINDARI PENYELUK SAKU:
·         Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khayalak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
·         Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
·         Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli - belah.
·         Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
·         Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
·         Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi. 


ROGOL.
CARA - CARA MENGELAK DARI KEJADIAN ROGOL:
·         Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
·         Memberi pendidikan kepada kanak - kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
·         Memberi pendidikan agama dan moral tentang kekejian dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
·         Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tisak melebihi batas.
·         Tidak mudah mempercayai janji kepada bomoh atau singseh. telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tapi satu penipuan.
·         Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
·         Tidak mudah menurut pelawaan orang - orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar - siar atau pergi ke bilik / rumah mereka.
·         Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
·         Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat - tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
·         Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
·         Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
·         Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
·         Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama. 

MENGATASI ANCAMAN ROGOL:
·         Undang - undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang ( perogol ) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
·         Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
·         Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu - buru.
·         Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar - benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
·         Camkan muka dan tanda - tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis. 

KECURIAN KERETA DAN MOTOSIKAL.
TEMPAT - TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:
·         Tempat letak kereta awam, kompleks membeli - belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat sering berlakunya jenayah. 

CARA - CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:
·         Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.
·         Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan clutch.
·         Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
·         Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang / berlampu.
·         Jangan serahkan kunci kepada jockey kereta.
·         Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (sand blasting). 

CARA - CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN MOTOSIKAL:
·         Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
·         Patikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
·         Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang / berlampu.
·         Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
·         Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian - bahagian yang penting.

Akhir sekali jangan kita lupa baca doa-doa keselamatan, yakin lah segala keburukan dapat di atasi dengan bantuan Allah Taala. Doa tersebut seperti banyakkan baca Ayatul Kursi dan lain2 yang anda semua tahu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan