Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Khamis, 17 Mei 2012

Bahaya Zina dan Akibatnya....



 

Zina merupakan kejahatan yang  sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri,  khususnya  dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya  saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk  setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari  dosa zina, Kita semua  hendaklah   lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya. Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah:

  • Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya  agama si penzina, hilangnya sikap wara' (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya  rasa cemburu.
  • Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat  dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
  • Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
  • Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
  • Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan  atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
  • Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan  jatuh  martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
  • Allah akan mencampakkan  sifat liar di hati penzina , sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
  • Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual  dan tidak percaya .
  • Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu  oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
  • Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
  • Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat  bidadari yang jelita di syurga kelak.
  • Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh  membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang  lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan  maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya  dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
  • menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan  masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada  pelakunya malah kepada  seluruh keluarganya.
  • Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada  asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana  walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan  masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
  • Jika wanita yang berzina  hamil dan  untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah  membunuh jiwa yang tidak berdosa. Jika dia ialah seorang wanita yang telah  bersuami dan melakukan kecurangan  sehingga hamil dan membiarkan anak itu  lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan  mereka tanpa disedari  siapa dia sebenarnya. Amat  mengerikan, naudzubillah min dzalik.
  • Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab),  Di mata masyarakat mereka tidak memiliki  status sosial yang jelas.
  • Penzina laki-laki berarti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
  • Zina dapat menyemai  permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya .
  • Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh  martabat di mata  masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan  mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
  • Perzinaan  menyebabkan menularnya penyakit-penyakit ganas seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
  • Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara  terang-terangan.

Demikianlah  besarnya bahaya  dosa zina, sehingga   Ibnul Qayyim,  ketika  mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: "Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan  terhadap penzina. Umumnya sifat  kasihan  adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga  menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan  boleh   dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan  hukuman  merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan  positif bagi kebaikan umat.


BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN

Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang mealkukannya hanya sekali.
  • Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan  terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya  secara  sembunyi-sembunyi.
  • Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.
  • Berzina dengan jiran  lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
  • Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana  perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.
  • Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina  daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
  • Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
  • Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.
  • Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.


BERTAUBAT

Bertaubat ini bukan khusus  hanya kepada penzina, bahkan  kepada sesiapa  sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik  ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan  ingatlah, tidak ada istilah  ‘putus asa’  dalam  mencari rahmat Allah.

 Allah berfirman, mafhumnya:
"Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (QS. 25:68-70)


Akhir sekali marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah Taala menjauhi dan menyelamatka kita dan seluruh keturunan kita dari zina..  Amiiin..


Sabtu, 12 Mei 2012

Berwaspada kerana seseorang sentiasa mengambil kesempatan di atas kelemahan kita. ( Pesanan Khas dari Masjid Al-Makmur Sg. Lalang )



Doa Keselamatan


PECAH RUMAH.
BAGAIMANA MENCEGAHNYA?
CARA MENCEGAHNYA:
·         Pasangkan door viewer, penyelak pintu utama.
·         Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
·         Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
·         Simpan tangga dan alat - alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
·         Potong ranting - ranting pokok dan semak - samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
·         Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

LANGKAH BERJAGA - JAGA:
·         Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
·         Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter di luar rumah anda.
·         Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
·         Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
·         Hentikan hantaran ( contoh: suratkhabar ) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
·         Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
·         Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti keselamatan.
·         Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

ROMPAK.
CEGAHILAH ROMPAKAN DI RUMAH:
·         Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
·         Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
·         Kenal pasti pelawat door viewer dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
·         Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.

ROMPAKAN DI TEMPAT AWAM:
·         Berwaspadalah apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang selalu berpeleseran di kawasan lif.
·         Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan. Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
·         Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.
·         Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
·         Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.

APA ANDA PERLU LAKUKAN APABILA DIROMPAK:
·        Anda perlu bertenang. Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
·        Perhatikan gerak - geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
·        Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna dan jenis kereta. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
·         Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi pondok polis yang berdekatan dengan segera.

PERAGUT RANTAI DAN BEG TANGAN.
DI MANAKAH PERAGUT DAN PENYELUK SAKU BERTINDAK:
·         Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
·        Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
BAGAIMANA BOLEH BERLAKU:
·         Memakai barang - barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan ramai.
·         Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
·         Berebut - rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat - tempat sibuk dan sesak.
·         Meninggalkan beg - beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli - belah semasa masuk membeli - belah.
·         Menyimpan beg duit di kocek - kocek belakang yang tidak berbutang. 

LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN DARI RAGUT:
·         Sentiasa membawa wang secara minima.
·         Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
·         Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
·         Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat - tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
·         Jangan mendedahkan barang - barang kemas yang dipakai.
·         Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
·         Elakkan dari memakai barang - barang kemas yang berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
·         Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
·         Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.


AWAS, PENYELUK SAKU.
BERIKUT ADALAH BEBERAPA CARA UNTUK MENGHINDARI PENYELUK SAKU:
·         Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khayalak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
·         Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
·         Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli - belah.
·         Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
·         Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
·         Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi. 


ROGOL.
CARA - CARA MENGELAK DARI KEJADIAN ROGOL:
·         Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
·         Memberi pendidikan kepada kanak - kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
·         Memberi pendidikan agama dan moral tentang kekejian dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
·         Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tisak melebihi batas.
·         Tidak mudah mempercayai janji kepada bomoh atau singseh. telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tapi satu penipuan.
·         Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
·         Tidak mudah menurut pelawaan orang - orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar - siar atau pergi ke bilik / rumah mereka.
·         Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
·         Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat - tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
·         Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
·         Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
·         Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
·         Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama. 

MENGATASI ANCAMAN ROGOL:
·         Undang - undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang ( perogol ) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
·         Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
·         Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu - buru.
·         Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar - benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
·         Camkan muka dan tanda - tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis. 

KECURIAN KERETA DAN MOTOSIKAL.
TEMPAT - TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:
·         Tempat letak kereta awam, kompleks membeli - belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat sering berlakunya jenayah. 

CARA - CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:
·         Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.
·         Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan clutch.
·         Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
·         Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang / berlampu.
·         Jangan serahkan kunci kepada jockey kereta.
·         Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (sand blasting). 

CARA - CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN MOTOSIKAL:
·         Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
·         Patikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
·         Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang / berlampu.
·         Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
·         Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian - bahagian yang penting.

Akhir sekali jangan kita lupa baca doa-doa keselamatan, yakin lah segala keburukan dapat di atasi dengan bantuan Allah Taala. Doa tersebut seperti banyakkan baca Ayatul Kursi dan lain2 yang anda semua tahu. 

Selasa, 8 Mei 2012

Perjumpaan Mesra Bersama AJK Surau-surau Qaryah Sg. Lalang

Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana menemukan kita dengan nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhingga banyaknya.
Pada hari selasa 08 May 2012 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1433 perjumpaan @ perkongsian idea bersama AJK Surau-surau Qaryah Sg Lalang telah di adakan di Masjid Al-Makmur dengan jayanya. Kerjasama dan kehadiran yang di berikan oleh Tuan Pengerusi, Tn Tmb. Pengerusi, Tn Setiausaha dan Tn Bendahari di ucapkan jutaan terima kasih. Program seperti ini insyallah kita akan teruskan dari masa ke semasa untuk lahirkan kerjasama dari semua pihak dalam qaryah Sg Lalang.


Penyatuan fikir, penyatuan hati dan penyatuan maksud untuk melahirkan masyarakat dan generasi yang dapat memberi faedah adalah agenda yang tidak luput sampai ke Hari Qiamat. Dalam usaha untuk melahirkan agenda ini maka selalu berbincang semeja amat di alu-alukan. Harapan kita supaya semua dapat bekerjasama dalam apa-apa urusan. Insya-Allah....