Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Isnin, 19 Mac 2012

Pembinaan Masjid Al-Makmur Sg Lalang



 



Untuk Makluman Tuan-Tuan / Puan-Puan,

Bahawa Masjid Al-Makmur Sg. Lalang kelihatan agak uzur. Mesyuarat untuk Pembangunan telah diadakan dan keputusan telah dibuat untuk mengutip setiap pintu dari anak Qaryah sebanyak RM100 setahun. Ada yang bagi dan ada juga yang tidak memberi sambutan. Maka keputusan telah dibuat lagi untuk meminta Peruntukan dari Kerajaan Malaysia. Hasil dari Permohonan kepada Jabatan Perdana Menteri, maka surat jawapan dan sokongan telah diterima. ICU telah datang untuk mengesahkan tentang "Meroboh dan Membina Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang". Jutaan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia diatas sokongan dan bantuan. Apa yang Pihak Masjid dan anak Qaryah sedang lakukan ialah menunggu Kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri tentang pembinaan Masjid tersebut.

Segala usaha kita, moga di berkati Allah Taala dan juga sumbangan tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 13 Mac 2012

Kemiskinan Mendorong Rakyat Pakistan Membunuh Diri

ISLAMABAD - The family of Aliya was happy for the imminent wedding of their 28-year-old daughter, but their happiness turned into a shock over hearing the news that their beloved has committed suicide.

“She was fully aware of difficulties we had been facing to cope with her wedding expenses,” Nooran bibi, the blind mother of Aliya, told OnIslam.net on Friday, March 2.

“I could not see her face expressions, but her tone suggested to me that she was under immense stress.”Committing Suicide as a Protest: Permissible?
Aliya hanged herself to a ceiling fan in the north-eastern city of Lahore weeks before her wedding over the suffering of ailing father, who has been sweating blood to fulfil wedding expenses.
“We always tried to solace her but she became emotional when she would see her ailing father running from here to there to arrange her wedding (expenses),” the bereaved mother recalled.

“And ultimately we saw her body hanging to the fan,” she added with tears rolling down her cheeks.
Aliya is not the only case.
Zahoor, a widow, threw herself in front of a fast moving train in Lodhran town, 400 km south of Lahore, a few weeks ago after killing her three children as she could not afford to feed them.

Estimates show that rising numbers of Pakistanis commit suicide over their economic woes.
Though there are no officials statistics about suicides in Pakistan, NGOs estimate that nearly 1,600 people committed suicide in 2011.

Statistics indicate that a majority of people who committed suicide were under the age of 30.
Poverty, unemployment, health issue, homelessness, family disputes and depression are the main causes behind the growing suicides in the south Asian Muslim country.

IslamOnline.
_________________________________________________________________________________



Seorang lelaki tua dan seorang budak sedang makan hasil dari meminta sedekah di Karachi


Keluarga Aliya telah menerima ssat gembira untuk melangsungkan perkahwinan anak perempuan mereka, tetapi kegembiraan telah bertukar menjadi kejutan, apabila anak perempuan kesayangan mereka telah membunuh diri. Anak perempuan mereka sangat peka dengan kesusahan yang di hadapi oleh keluarganya untuk meraikankan perkahwinannya. Ibu kepada mangsa bunuh diri telah melaporkan kepada Islam.net pada 2 Mac lalu.

Anak perempuan mereka telah menggantung diri di kipas siling seminggu sebelum berlangsung majlis perkahwinanya kerana tidak mampu melihat kesusahan seorang bapa yang sakit bersusah payah mencari belanja untuk majlis perkahwinannya.

Kes bunuh diri telah banyak berlaku di Pakistan, seperti dilaporkan seorang janda telah membunuh diri dengan melemparkan diri untuk dilanggar keretapi di Lodhran.

Kes bunuh diri telah meningkat di Pakistan di sebabkan masalah ekonomi yang teruk. Satistik menunjukkan kebanyakan kes bunuh diri telah berlaku di bawah umur 30 tahun.
Kemiskinan, tidak mempunyai pekerjaan, masalah kesihatan, tidak mempunyai rumah, masalah keluarga, tekanan hidup dan sebagainya adalah penyebab utama berlakunya pembunuhan diri di Negara Islam Selatan Asia.

Tidak ada statistik rasmi menunjukkan berapa banyak kes pembunuhan diri yang telah berlaku di Pakistan, tetapi laporan NGO-NGO menunjukkan kes pembunuhan diri hampir kepada 16,000 orang.

Badan-badan kebajikan Pakistan telah banyak menghulur tangan untuk membantu rakyat yang miskin di sana.

Statistik Kemiskinan menunjukan bahwa 80 peratus penduduk dunia dibawah pendapatan harian sebanyak USD 10. 10 Dollar kalau dalam RM lebih kurang belanja harian RM5 sahaja. Kerana USD 10 tidak boleh beli barang yang banyak.

Sepuluh Negara Termiskin Di Asia:

1.
Afghanistan
$900
2.
Nepal
$1,200
3.
Burma
$1,400
4.
Bangladesh
$1,700
5.
Korea, North
$1,800
6.
Tajikistan
$2,000
7.
Cambodia
$2,100
8.
Kyrgyzstan
$2,200
9.
Laos
$2,500
10.
Pakistan
$2,500

Jumaat, 9 Mac 2012

Ceramah Maulidur Rasul s.a.w




Ceramah Maulidur Rasul s.a.w yang disampaikan oleh Yg Berbahagia Ustaz Haji Yosri Bin Hj Abd Ghani, Mudir Madrasah Al-Quran Alor Setar. Beliau mengisahkan bagaimana peribadi Nabi s.a.w sebagai seorang pemimpin yang mulia, sebagai seorang guru yang terbaik, sebagai seorang panglima perang yang mahir dalam teknik-teknik peperangan, sebagai seorang suami yang mesti diteladani dan sebagai Pendakwah yang membawa seluruh manusia dari kegelapan kekufuran kepada cahaya Iman dan Islam. Beliau juga menyarankan supaya dakwah sesama muslim perlu di jalankan untuk menarik bantuan Allah Taala.

Satu Ceramah Imam dan Pegawai Masjid bersama penduduk Kg 11 Sg. Lalang
Masyarakat Kg 11 sedang khusyuk mendengar taklimat Tuan Imam.

Selasa, 6 Mac 2012

Solat Jumaat Di London


The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflow
Inilah Tajuk yang di siarkan dalam Daily Mail Uk. 
(Di satu lorong di Bandar London, orang Islam mencari tempat untuk solat jumaat kerana Masjid yang sudah penuh)


Dicelah-celah bangunan yang tinggi beratus-ratus orang Islam sedang sujud  untuk solat jumaat.
Orang Islam memenuhi jalan di celah bangunan pejabat untuk solat jumaat di Brune Street Masjid.




Suasana ketika Solat Jumaat oleh pekerja-pekerja Di Kota itu. 



‘You get the whole community, everyone from City boys to  people from the local area. It’s great being outside on a day like today, but it’s not so much fun when it rains.
‘Some people are surprised when they come into the area on a Friday – seeing that many people praying outside together is not an everyday sight in the UK.
‘You wouldn’t know unless you were looking for it, but it’s right in the middle of the City.’


Seluruh masyarakat setempat berkumpul budak dan dewasa, Ianya hebat berada diluar satu hari seperti hari ini, tetapi tidak berapa seronok bila hujan.
Setengah orang kagum bila mereka datang ke tempat itu pada hari jumaat. Kelihatan ramai orang  bersembahyang berjemaah di luar , dan ianya bukanlah perkara harian yang berlaku di UK. Pemandangan ini berlaku di tengah-tengah Bandar.


Apa pun yang berlaku di seluruh dunia menunjukkan tidak siapa pun yang mampu dan berkuasa untuk memadam Nur Ilahi (cahaya Allah Taala). Bila hidayat tersebar maka Haq akan timbul dan Batil akan lenyap. Sama-sama lah kita meniru amalan yang baik sebagai orang Islam yang keturunan juga Islam, dan berada di dalam Negara yang majoritinya adalah orang Islam. Alhamdulillah dalam negara kita amalan Islam dapat di amal dengan bebas tanpa gangguan. Dalam kedamaian ini perlulah kita mengambil kesempatan untuk mengamalkan lagi amalan Islam yang di bawa oleh Nabi besar kita s.a.w. Masjid yang di bina di merata-rata adalah nikmat daripada Allah Taala untuk kita sentiasa mengingati-Nya. Kita harus berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang telah banyak membina Masjid di negara ini, seperti sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah". Jika kita tidak mahu berterima kasih kepada manusia maka kita tidak patuh kepada hadis ini.. Wallahu'alam..


Berita Dikeluarkan : Daily Mail  UK (Februari 2012)

Jumaat, 2 Mac 2012

Tahukah anda?



Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.


Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam :
Masjidil Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam.
Masjid Nabawi di Madinah
Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin

Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu:-
Masjid Negara
Masjid Negeri
Masjid Daerah
Masjid Qaryah
Surau

Tapak Masjid Pertama dan Kedua
Tapak masjid pertama di dunia adalah Masjidil Haram yang dibina semenjak Nabi Adam A.S, dan tapak masjid kedua yang dibina adalah Masjid Al-Aqsa.

Masjid pertama dan kedua pada zaman Nabi Muhammad S.A.W
Ketika Nabi Muhammad S.A.W tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Quba. Masjid kedua yang dibina adalah Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.
Saat ini, Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga masjid tersuci di dunia.

Penyebaran masjid
Masjid kemudian dibangun di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu negara Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara.Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit.Masjid di Sisilia dan Sepanyol tidak menirukan reka bentuk Visigoth, tetapi menirukan reka bentuk bangsa Moor.Para ilmuwan kemudian memperkirakan bahwa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk reka bentuk Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.

Masjid pertama di China berdiri pada abad ke 8 Masihi di Xi'an. Masjid Raya Xi'an, yang terakhir kali di diubah pada abad ke 18 Masihi,mengikuti seni bina Cina. Masjid di bahagian barat Cina seperti di daerah Xinjiang, mengikuti seni bina Arab, dimana di masjid terdapat kubah dan menara. Sedangkan, di timur Cina, seperti di daerah Beijing, mengandung seni bina Cina.

Masjid mulai masuk di daerah India pada abad ke 16 semasa kerajaan Mughal berkuasa. Masjid di India mempunyai ciri ciri seni bina masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.

Masjid pertama kali didirikan di Kesultanan Uthmaniyyah pada abad ke-11 Masihi, dimana pada saat itu orang-orang Turki mulai masuk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki adalah Aya Sofya(Hagia Sophia), dimana pada zaman Byzantium, bangunan Aya Sofya merupakan sebuah katedral.
Kesultanan Uthmaniyah memiliki karakteristik seni bina masjid yang unik, terdiri dari kubah yang besar, menara dan bagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Uthmaniyyah biasanya mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara shaf-shaf, dan langit-langit yang tinggi, juga dengan menggabungkan mihrab dalam satu masjid.Sampai saat ini, Turki merupakan rumah dari masjid yang berciri khas seni bina Uthmaniyyah.
Secara bertahap, masjid masuk ke beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan jumlah masjid secara pesat mulai terlihat seabad yang lalu, ketika banyak penghijrah Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah, seperti Munich, London dan Paris memilki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah sesak sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walaupun begitu, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut ditinggali oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak.
Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke 20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Syarikat adalah di daerah Cedar Rapids, Iowa yang dibangun pada kurun akhir 1920-an. Bagaimanapun, semakin banyak penghijrah Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Di mana jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% dari jumlah masjid di Amerika Syarikat, pada tahun 1980, 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat didirikan.
Perubahan tempat ibadah menjadi masjid

Menurut sejarahwan Muslim, sebuah kota yang ditaklukkan tanpa perlawanan dari penduduknya, maka pasukan Muslim memperbolehkan penduduk untuk tetap mempergunakan gereja dan sinagog (kuil Yahudi) mereka. Tapi, ada beberapa gereja dan sinagog yang beralih fungsi menjadi sebuah masjid dengan persetujuan dari tokoh agama setempat. Misal pada perubahan fungsi Masjid Umayyah, dimana khalifah Bani Umayyah, Abdul Malik mengambil gereja Santo Yohannes pada tahun 705 dari Umat Kristian. Kesultanan Uthmaniyah juga melakukan alih fungsi terhadap beberapa gereja, biara dan kapel di Istanbul, termasuk gereja terbesar Ayasofya yang dirubah menjadi masjid, setelah kejatuhan kota Konstantinopel pada tahun 1453 oleh Muhammad al-Fatih. Beberapa masjid lainnya juga didirikan di daerah suci milik Yahudi dan Kristen, seperti di Yerussalem.Penguasa Muslim di India juga membangun masjid hanya untuk memenuhi tugas mereka di bidang agama.
Sebaliknya, masjid juga dialih fungsikan menjadi tempat ibadah yang lain, seperti gereja. Hal ini dilakukan oleh umat Kristian di Sepanyol yang merubah fungsi masjid di selatan Sepanyol menjadi katedral, mengikuti keruntuhan kekuasaan Bani Umayyah di selatan Spanyol. Masjid Agung Kordoba sekarang dialih fungsikan menjadi sebuah gereja. Beberapa masjid di kawasan Semenanjung Iberia, Eropah Selatan dan India juga dialih fungsikan menjadi gereja atau pura setelah kekuasaan Islam tidak berkuasa lagi.

Reka bentuk masjid
Menara Masjid
Rencana utama: Menara masjid
Bentuk umum dari sebuah masjid adalah keberadaan menara masjid. Menara di masjid biasanya tinggi dan berada di bagian pojok dari kompleks masjid. Menara masjid tertinggi di dunia berada di Masjid Hassan II, Casablanca, Maghribi.
Masjid-masjid pada zaman Nabi Muhammad tidak memiliki menara, dan hal ini mulai diterapkan oleh pengikut ajaran Wahabiyyah, yang melarang pembangunan menara dan menganggap menara tidak penting dalam kompleks masjid. Menara pertama kali dibangun di Basra pada tahun 665 sewaktu pemerintahan khalifah Bani Umayyah, Muawiyah I. Muawiyah mendukung pembangunan menara masjid untuk menyaingi menara-menara loceng di gereja. Menara bertujuan sebagai tempat muazin mengumandangkan azan.
Kubah masjid
Kubah juga merupakan salah satu ciri khas dari sebuah masjid. Seiring waktu, kubah diperluas menjadi sama luas dengan tempat ibadah di bawahnya. Walaupun kebanyakan kubah memakai bentuk setengah bulat, masjid-masjid di daerah India dan Pakistan memakai kubah berbentuk bawang.

Tempat ibadah
Tempat ibadah atau ruang solat, tidak diberikan meja, atau kerusi, sehingga memungkinkan para jamaah untuk mengisi shaf atau barisan-barisan yang ada di dalam ruang shalat. Bahagian ruang solat biasanya diberi kaligrafi dari potongan ayat Al-Quran untuk memperlihatkan keindahan agama Islam serta Al-Qur'an. Ruang shalat mengarah ke arah Ka'bah, sebagai kiblat umat Islam.[38] Di masjid juga terdapat mihrab dan mimbar. Mihrab adalah tempat imam memimpin solat, sedangkan mimbar adalah tempat khatib menyampaikan khutbah.

Tempat wudhu
Dalam kompleks masjid, di dekat ruang solat, tersedia ruang untuk menyucikan diri, atau biasa disebut tempat wudhu. Di beberapa masjid kecil, kamar mandi digunakan sebagai tempat untuk berwudhu. Sedangkan di masjid tradisional, tempat wudhu biasanya sedikit terpisah dari bangunan masjid.


Apa yang harus kita tahu tentang kemegahan masjid di seluruh dunia ini. Kebesaran rumah Allah Taala mesti kita iktirafkan. Zaman berzaman masjid adalah tempat berkumpulnya orang-orang Islam untuk melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan, seperti majlis ilmu, penyatuan ummat, berbincang perkara yang berhubung dengan kekeluargaan seperti nikah, cerai dan rujuk dan sebagainya. Masjid adalah tanda kemegahan orang Islam.

Imarahkan Masjid...


Ibu bapa, masyarakat pikul tanggungjawab bimbing remaja elak hanyut gejala sosial

IMARAH membawa erti memakmurkan atau membangunkan sesuatu dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. Menurut tafsiran ulama, mengimarahkan masjid membawa dua maksud.

Pertamanya membina, memelihara dan memperbaikinya jika perlu dan keduanya membawa maksud mengunjunginya sebagai suatu amalan lazim untuk menunaikan solat berjemaah dan Jumaat di samping aktiviti lain ke arah melahirkan pengabdian kepada Allah.
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang melakukan amal ibadat di masjid kerana mereka hampir dengan Allah. Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang mengimarahkan masjid adalah orang yang dekat dengan Allah.” (Hadis riwayat Al-Bazzaar)
Peliknya, kita menjadi emosi apabila ada pihak meruntuhkan masjid seperti berlaku di negara yang ditakluk musuh Islam tetapi tidak pula marah apabila umat Islam sendiri mengosongkan masjid yang seni binanya indah mempesonakan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Hanya yang berhak memakmurkan masjid Allah ialah orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah; mudah-mudahan mereka menjadi orang yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah, ayat 18)

Sejarah merekodkan, pada Isnin, 8 Rabiul awal tahun ke-14 kerasulan Nabi (tahun pertama hijrah), Baginda yang tiba di Quba’ sempat mengasaskan Masjid Quba’ dan bersolat di dalamnya. Itulah masjid pertama diasaskan atas dasar takwa selepas Baginda SAW menjadi nabi.

Rasulullah SAW menyebut mengenai kelebihan bagi mereka yang membangunkan masjid seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang membangun rumah Allah (masjid) di dunia, maka Allah akan membangunkannya rumah di syurga.” (Hadis riwayat Muslim)
Begitu juga ketika memasuki kota Madinah secara rasmi pada 12 Rabiulawal tahun pertama Hijrah, antara perkara pertama dilakukan Baginda ialah mendirikan Masjid Nabawi sebagai tempat solat, pusat pengajian ilmu, pusat pentadbiran, pangkalan tentera dan pusat mengatur segala gerakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mana saja daripada suatu masyarakat yang berkumpul daripada rumah Allah (masjid), membaca dan belajar kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, mereka akan didampingi oleh malaikat, diliputi rahmat dan Allah akan mengingat mereka pada makhluk yang berada disisi-Nya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Golongan muda perlu digalak mengimarahkan masjid khususnya dalam usaha menggalakkan rakan mereka turut serta dalam apa juga aktiviti dianjurkan pengurusan masjid. Pada masa sama, gabungan golongan muda dan dewasa boleh menghasilkan program lebih hebat.

Golongan muda perlu dibimbing bagi membolehkan mereka mengasah kemampuan di jalan yang betul. Pendekatan kepada golongan muda perlu dijalankan bagi melahirkan golongan yang berkaliber dan berwibawa.

Ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling perlu bekerjasama bagi membimbing dan memimpin golongan muda ini supaya mereka tidak mudah terpedaya dan hanyut bersama nafsu gelora dunia semata-mata.

Baginda Rasulullah SAW begitu mengasihi generasi muda seperti diriwayatkan Sahl bin Sa’ad, Rasulullah SAW mendapat hidangan segelas minuman dan beliau meminumnya. Di sebelah kanan Baginda ada anak muda manakala di sebelah kiri berada orang tua.

Baginda menyapa anak muda itu: “Wahai anak, apakah kamu mengizinkanku memberi minuman ini kepada orang tua itu? Anak muda itu menjawab: Wahai Rasulullah SAW, saya tidak akan mendahulukan seorang pun disebabkan keutamaan saya (berada) di sebelah engkau. Maka Baginda memberikan minuman kepada anak muda itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Remaja dan belia mempunyai peranan yang relevan dalam mengimarahkan institusi masjid di samping membantu membangunkan masyarakat setempat. Mereka yang terpelajar boleh melaksanakan program pembimbing rakan sebaya (PRS) dan rakan komunikasi mesra belia.

Sebenarnya golongan muda yang berkebolehan dan cukup terlatih ini bersedia menghulur khidmat untuk membangunkan peralatan ini dan bertindak sebagai pengemudinya jika diminta bantuan mereka.

Kalangan mereka juga mesti mempunyai sifat ithar (memberi keutamaan kepada saudara seagama lebih dari diri sendiri ketika diperlukan). Apa saja sumbangan mestilah diniatkan kerana Allah demi kepentingan agama.

Alangkah ruginya agama dan ummah apabila kemahiran dan kebolehan golongan muda dalam bidang teknologi maklumat yang sepatutnya dimanfaatkan untuk membantu mengimarahkan masjid setempat tidak dimanfaatkan.

Daripada Abu Hurairah menyebut bahawa Nabi bersabda “Siapa yang datang ke masjidku ini, iaitu belajar ilmu atau mengajarkannya, maka sesungguhnya kedudukannya sama seperti seorang mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sasaran keutamaan pencapaian kita akan gagal jika sekadar bercakap hal kecantikan dan hiasan masjid semata-mata atau menceritakan kehebatan masjid berdasarkan sejarah keagungan Islam lalu, tanpa sebarang usaha mengimarahkan masjid.

Usaha berterusan mestilah dibuat untuk memperkasakan masjid serta menjadikannya sebagai institusi pendidikan dan sosial yang kental.

Alangkah bertuahnya Muslim di negara ini seandainya ada pihak yang bersetuju melaksanakan Pertandingan Imarah Masjid (PERMAI) Peringkat Negeri dan Kebangsaan sebagai acara tahunan bagi membantu menjayakan misi umat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pemberi tunjuk kepada kebaikan sama dengan yang mengerjakannya.” (Hadis riwayat Ar-Tirmizi)

Sumber: Berita Harian