Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Selasa, 9 April 2013

Tiada Nusrah (Pertolongan) Allah Taala terhadap manusia.. Di mana sebabnya??



Air mata bercucuran keluar dari mata  memenuhi pipi sambil suara menahan sebak yang teramat. Tangan di genggam erat sambil mengherdik diri. Aksi sepontan ini terjadi bila mata  melihat berita dari Al-Jazeera takala wawancara dengan seorang ibu yang meraung sambil mendukung anaknya. Itu lah yang termampu  buat tanda simpati kepada saudara-saudara Islam kita di sana.

Ya! Allah! Ini lah keadaan umat, dihina , dizalimi , dianiaya dan dimalukan.Mana mereka-mereka seperti Abu Bakar? Mana mereka-mereka seperti Umar? Mana mereka-mereka yang seperti Sahabat Nabi ? Tiada lagi mereka yang seperti Abu Bakar, Umar dan Sahabat Nabi s.a.w atau yang mirip seperti Sahabat Nabi s.a.w. Yang ada hanyalah mereka-mereka yang rakus dengan “Dananir wa Darahim”. Mana mungkin Allah swt akan menurunkan nusrahnya pada umat ini.

Sabda Nabi saw : “ Setiap Ummat ada berhala-berhalanya dan berhala Ummat ini adalah Dinar dan Dirham.” ( Miskat Musabbih)

Apakah berhala itu ? Berhala adalah sesuatu yang disembah yang dipuji yang menjadi tempat mengadu dan bergantung. Dia lah penyelesai sebarang masaalah dalam hidup ini.

Apa kah Dinar dan Dirham itu? Ianya adalah wang, harta, kuasa, pangkat dan kedudukan.

Sabda Nabi saw lagi :” Aku bersumpah dengan nama Allah bukan lah kelaparan yang aku bimbang (takut) menimpa ke atas kamu, akan tetapi yang aku bimbang adalah kemewahan dunia datang ke atas kamu sebagaimana datang kepada mereka-mereka sebelum kamu. Kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya sebagaimana mereka-mereka berlumba-lumba mendapatnya dan kamu lalai dalam mendapatkanya sebagaimana mereka.”( Riwayat Bukhari dari Amru bin Auf).

Bila umat ini berlumba-lumba untuk mendapatkan wang, harta, pangkat dan kedudukan serta hati sentiasa berharap akan jadi kaya raya. Sentiasa berharap agar dapat berkuasa dan menyakini kalau ada wang boleh buat begitu dan begini. Dan kalau ada kuasa ada segala-galanya. Bila perasaan dan sikap begini ada pada umat ini, pasti dan pasti umat ini akan berada di gerbang kebinasaan. Pada ketika ini tiada ada bantuan dari Allah samada bantuan “Zahiriyah” mau pun bantuan “Ghaibiyah”. Buktinya lihat lah apa yang terjadi di Palestine sana.

Dalam e-mail yang diterima yang dipetik dari kenyataan penulis bebas Pakistan dan juga Pengarah CRSS (Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan Pakistan) menyatakan sebab apa Yahudi begitu kuat dan kita pula begitu lemah adalah kerana kebayakan tokoh-tokoh dunia adalah dari bangsa mereka. Pencipta-pecipta peralatan moden adalah dari bangsa Yahudi, penemuan ubat-ubatan adalah dari bangsa Yahudi, pemenang anugerah “Nobel Prize” adalah dari bangsa mereka. Saudagar barangan berjenama juga dari bangsa mereka. Pendekata dari segala bidang dikuasai oleh bangsa Yahudi.

Kesimpulan yang dibuat bahawa Umat Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan dan gagal menyalurkanya walau pun Umat Islam mempunyai negera yang kaya-kaya seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan UAE. Ringkasnya Umat Islam kekurangan ilmu, kurang pendidikan dan kurang pelajaran.

Pandangan di atas ada juga benarnya namun persoalan yang paling besar adalah Umat Islam tidak memegang agama Islam dengan sunggoh-sunggoh dan telah mengabaikan hak Allah dan Rasulnya. Maka ke mana dunia pun umat ini tinggal dan di mana zaman pun umat ini berada kalau Umat Islam seperti ini pasti akan terus dihina oleh musoh-musohnya. Sehingga lah ummat ini kembali menyempurnakan hak Allah dan Rasulnya barulah umat ini akan keluar dari kepompong kehinaan di berbagai sudut tadi.

Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu membela agama (membantu) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan atas musoh kamu) dan menegohkan pendirian kamu.” (Muhammad :7)

Firmanya lagi:
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu dan jika dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah ? dan ingatlah kepada Allah lah jua orang yang beriman itu berserah diri”. ( Ali-Imran : 160)

Maka umat ini berlu bangun bertaubat dan beristighfar atas kelalaian dan kesilapan kita serta kembali meyempurnakan Hak Allah dan Hak Rasulnya. kembali balik kepada penghayatan Islam dan kembali kepada tugas mulia umat ini iaitu Kerja Dakwah ilallah.

Firman Allah swt :
”Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuroh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang mungkar (burok dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah”. (Ali_Imran :110)

Bangunlah wahai orang Islam!!!! Hentikan Perpecahan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan