Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Khamis, 19 Julai 2012

"Usah guna masjid untuk sebar fitnah" Program Bersama PM

NAJIB beramah mesra dengan hadirin Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara di Serdang.
NAJIB beramah mesra dengan hadirin Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara di Serdang.

Serdang: Sehari sebelum umat Islam berpuasa, Datuk Seri Najib Razak mem inta mereka tidak menggunakan masjid sebagai platform menabur fitnah dan kebencian sehingga merosakkan perpaduan ummah.

Selain ditentang oleh Rasulullah SAW, Perdana Menteri berkata kesucian masjid tidak harus dicemari pada bila-bila masa, termasuk ketika Ramadan semata-mata mahu mendapat keuntungan tertentu, mencari pengaruh atau mencetus perasaan benci. Katanya, masjid bukan gelanggang mengecam, sebaliknya tempat beribadat dengan tenang dan tenteram, selain mengajak kepada kebaikan dan berdakwah secara bijaksana serta berhemah. 
Perdana Menteri berkata, Rasulullah SAW memandang serius perkara itu sehingga pernah memerintahkan sebuah masjid dibakar kerana dikuasai dan digunakan oleh golongan munafik yang khianat dan dengki untuk memfitnah serta merosakkan hubungan sesama umat Islam.

Justeru, kerajaan sentiasa beristiqamah dan konsisten dalam perjuangan dengan berpegang kepada syariat Islam berdasarkan landasan dan prinsip maqasid syariah yang mengandungi lima perkara, iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta benda.

“Agama mesti dibela. Akidah dan akhlak mesti dijaga. Syiar Islam mesti dikembangkan. Sesiapa yang mengancam akidah dan akhlak Islam, wajib kita tentang. 

“Lesbian, homoseksual dan pluralisme wajib kita tentang habis-habisan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negara Bersama Perdana Menteri bertema ‘Masjid Diimarah, Imam Ditransformasi,’ di sini, semalam yang dihadiri 11,000 imam dan ahli jawatankuasa masjid. 
Konsep tahaluf siyasi

Najib berkata, sejak merdeka Malaysia aman dan semakin maju, manakala martabat dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan amat tinggi kerana kerajaan memenuhi tuntutan agama dengan mengamalkan konsep tahaluf siyasi, iaitu kerjasama dan integrasi yang digabungkan pendekatan wasatiyyah serta berjuang atas landasan maqasid syariah.

Katanya, program transformasi bertepatan dengan firman Allah SWT mengenai islah, iaitu pembaharuan besar, malah jika proses islah dalam bidang ekonomi diteruskan, Malaysia mungkin menjadi negara Islam pertama dimartabatkan sebagai negara maju berpendapatan tinggi.

Beliau turut menekankan pentingnya menjadi golongan muslihun yang mendahulukan perpaduan berasaskan keharmonian kaum dan agama, bukan mufsidun yang merosak dan memecah-belahkan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam, termasuk demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah.

“Saya berusaha melalui saluran tertentu secara tertutup sebab ada hubungan rapat dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi), dan menyampaikan laporan sebenar kerana khuatir ribuan yang sudah membuat tempahan tidak dapat menunaikan haji angkara demonstrasi itu. 

“Alhamdulillah, ia dapat meyakinkan Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan