Kutipan Dana Pembinaan Semula Masjid Al-Makmur Sg Lalang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Masjid Al-Makmur Sg Lalang dalam proses mencari dana untuk pembinaan semula. Bangunan Masjid yang sekarang sudah agak uzur.

Kepada Tuan / Puan yang ingin memberi sumbangan dan sedekah boleh menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang. Sumbangan Tuan / Puan boleh terus masukkan ke dalam akaun :

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID AL-MAKMUR SUNGAI LALANG.

BANK ISLAM CAWANGAN SG PETANI
02-020-01-004726-0

Jazakumullah-hu-ahsanal-Jaza kepada Tuan / Puan yang menyumbang untuk pembangunan Masjid Al-Makmur Sg Lalang.

Ahad, 26 Ogos 2012

Alkohol dalam Makanan, Minuman, Pewangi dan Ubatan.




Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
 
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
     
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
     
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyaialkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
     
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum
     
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuktujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
     
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dandiharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
     

Selasa, 7 Ogos 2012

Zakat Fitrah Negeri Kedah Tahun ini RM7


Setiap Masjid di sediakan Amil-amil Zakat yang bertauliah untuk mengutip Zakat Fitrah bagi satu-satu qaryah. Maka di Masjid al-Makmur Sg Lalang terdapat 5 orang amil yang di lantik untuk mengutip zakat fitrah. 

Berhubunglah dengan:

 Imam / Pengerusi Masjid Al-Makmur Sg Lalang 
  (Ust Mohd Hafez Bin Hj Mohd Naguib)

 Imam 2 & 3
 (Ustaz Haji Othman Bin Yusof)
 (Haji Kamaruzzaman Bin Abd Rashid)

  Tuan Setiausaha Masjid
  (Tn Haji Mohamed Naguib Bin Abd Wahab)

   Pegawai Masjid / Siak
  (En. Rosli Bin Haji Abu Talib) 

Setiap bayaran akan mendapat resit rasmi Jabatan Zakat Negeri Kedah dan pastikan anda mendapatkannya. Kopun zakat fitrah hendaklah di simpan untuk tujuan memohon zakat pengajian dan lain2 lagi. Jika Tuan-tuan bayar kepada pihak yang bukan amil maka kopun tidak akan di beri oleh mereka. Ini menyebabkan sukar untuk membuat permohonan zakat..     
Datanglah ke Masjid Al-Makmur Sg Lalang untuk bayaran Zakat Fitrah..